Kelas Ms Word (Belajar Membuat Ayat)

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 8 Mac 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word. Namun pada kali ini,petugas memfokuskan tentang cara membuat ayat menggunakan perkataan yang diberikan.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Word seperti font,saiz font,perenggan dan styles perkataan yang digunakan. Pada kelas kali ini,peserta diminta menggunakan font calibri body size font 11 dan styles yang digunakan adalah normal. Petugas memberi beberapa perkataan dan kemudian peserta diminta membuat ayat menggunakan perkataan yang diberikan. Peserta diminta menyiapkan tugasan yang diberikan dan dipastikan memahami intipati pembelajaran.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali